Saturday, 7 September 2013

Hidup Dalam KMNS

        
           Assalamualaikum,bapak ahhh berhabuk aku punya blog ni..hehehe sorry bukan apa,tak sempat nak update blog..banyak assignment kena buat..lagi lagi Physics,banyak kerja kut.tapi hari ni curi curi masa jap..Acaner hidup kat kolej? acaner hidup kat U? heee,Alhamdulillah aku sihat je duduk sini,nampak ni badan aku da naik?




Maybe ade yang tertanya Tanya,eh Nadia sambung belajar kat mane ye? haa,aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,Kuala Pilah (pekan koboi)..Kolej matrikulasi kedua tertua di Malaysia..biasalah da tua banyak je yang reput,tp tolak kan itu semua ketepi sebab matlamat pertama datang sini adalah belajar kn? Kolej Matrikulasi yang pertama kat mana? msetilah kat Melaka sayang..aku dapat aliran sains 1 (sains hayat)..kat sini ada dua aliran,pertama aliran sains dan kedua aliran akaun..aliran sains terbahagi kepada 3 bahagian:

1)Sains Modul 1 (sains hayat) (Biology,chemistry,physics dan math)
2)Sains Modul 2 (sains fizik) (Physics,Chemistry,Sains Computer,math)
3)Sains Modul 3 (sains biology) (Biology,chemistry,Sains Computer dan math)

praktikum(kelas) aku nama dia S1AP7,orang panggil siap7..aku kuliah Sains 1A..Selalunya cikgu cikgu(pensyarah) kat sini melabel kan kami bijak pandai sebab kami kuliah one A,semua budak budak yang masuk kuliah S1A ni semua pandai pandai..tapi aku sederhana je..lekla SPM dpt 3A je..waduhhhh~Bilik aku dapat A5T4.2 (cluster A5,tingkat 4,bilik no.2)..


 
Sebelah kiri tu katil aku dan sebelah katil aku tu rumit aku (roommate)..Nama dia Nur Walida Adauwwiyah bt Ismail..apa? bersepah bilik aku? memanglah tengok la tempat aku kecik..klau besar tade la bersepah gitu (tipu)..hahaha,banyak sangat benda yang perlu aku letak..alamak hai,da tengah hari tapi aku masih tak sidai baju (pemalaskan)..memang tak leh dibuat bini orang kan?kat sini ade 3 kluster iaitu kluster perempuan ade 2 (kluster A dan C) dan kluster lelaki kluster B..kluster tu macam blok la lebih kurang..ape lagi aku nak cerita? kafe? kat sini ade kafe A,kafe B,kafe C dan kafe D..Kafe A adalah kafe yang paling sedap diantara semua kafe kafe lain..lauk tengahari je la sedapnya..kalau pagi kadang kadang aku pergi kafe jauh skit kafe C sebab nasi lemak dia sedap..kadang pagi tu aku makan nasi kerabu kat kafe D..memang sedap,nasi banyak,lauk banyak dan paling penting murah rm3 jee~lupa nak bg tahu kafe A terletak di kluster A (kluster perempuan),kafe B terletak di kluster B (kluster lelaki),kafe C terletak di kluster C (kluster perempuan) dan kafe D terletak di kawasan berhampiran banggunan makmal dan banggunan tutorial..
 
 


 
 pelajar matrik kat sini wajib tidur pkul 1-2 am tp aku taklah,pkul 12 am aku da tewas terlebih dahulu..selalu tidur lambat tu si walida tu tidur pkul 1-2 pagi..hebatkan? lagi ape nak tahu? dewan kuliah? jap aku ade gambar,


 
 
 masa ni baru gila,ade dalam 2-3 minggu baru masuk kuliah lepas orintasi..gemuk kan? malu laaa,ni nak diet ni bg kurus banyak..okey ini DK2(dewan kuliah 2) besar kn? selalu masuk DK ni je..


 
 
ini DK5 tempat duduk dia berbeza macam td..ni meja stabil je,DK2 meja dia tak stabil..meja selalu je jatuh..so,bersedia lah anda untuk beli kalkulator dua okey? apa tak faham? nnt masuk baru adik adik kat luar sana faham kenapa akak cakap macam ni..okey,sampai sini dulu,aku nak layan runningman jap lagi,takut tak sempat nak tengok..kalau nak tahu macam mana lg kehidupan aku kat sini,tunggu...Insya Allah,aku akan update,update dan update..banyak pengalaman,dugaan dan cabaran aku duduk sini..dah la aku ni asyik homesick jee~Assalamualaikum,adiyos!
 
 
 


Monday, 30 April 2012

hey BB

Assalamualaikum!hyeeee..wow,da pkul 12.45 malam..atau pagi? heee..ape ape je lahh..now,Cik Nadia nak merepek lagi sekali about BB..apakah? heh,rahsia laa..saya jumpa dia kat seminar secara kebetulan..seharusnya dia duduk di sebelah saya masa seminar tapi ada orang da cop dulu..ye la,hanya sebelah aku sj yg kosong,depan penuh..then,dia duduk dihadapan aku..first,bila aku melihat dia,aku rasa sesuatu..pakaian dia nak kata modern tak la,nak kata kuno pun tak..dia di tengah tengah peredaran zaman..dia pakai jam sebelah tangan kiri! same with me..dia tak banyak cakap dan kurang ketawa..sedangkan cikgu seminar tu kelakar kut,semua orang ketawa tapi dia hanya senyum..tapi memang tak kelakar pun aku rasa,yang pelik asal dorang semua ketawa?
Then,kami semua dipindahkan ke dewan kuliah yang besar..dan agak nya memang aku dan dia ada jodoh agaknya,dia duduk di hadapan aku sebelah kiri..sedang aku berborak dengan kawan kawan aku,banyak kali jugk dia memandang ke arah "KAMI" tak nak mention la kn sapa sapa sebab takut dia pandang orang belakang tau orang di hadapan aku..hahahaha,ye orang dihadapan aku kaum India..tak tahu la dia pandang sapa tapi mata dia..mata dia 'MACAM' memandang aku tapi tak tahu laa..(mula la cik Nadia perah santan kan)..mata dia hitam besar..auwww,cute kut~time break,aku nampak dia pasang earphones dan tangan dia..tangan dia bergerak gerak seolah olah aku mengetahui apakah maksud gerakan itu..apa lagi GITAR la mehh..OMK(oh mak kau),dia pandai main gitar? dia ada gitar?



bersambung okey,nite!

Saturday, 31 March 2012

JumasukU

Assalamualaikum,salam sabtu..
hyeee semua! hari ni Cik Nadia pegi PWTC ada program Jom Masuk 'U'..
best gilaa.


kita orang bertolak dari puncak alam pukul 8.30 pagi
da laa hujan,sejuk gila kut dalam bas!


okeyh,kita orang sampai PWTC dalam pukul 9.50 pagi..
ramai gila orang..
sesak gila gila gila gila gila!



melangkah saja kaki ku ini,
aku terlihat lukisan lukisan ini..
cantik gila lukisan nya!
bukan orang dalam lukisan eaa,,



sampai sampai je da siap posing -.-''
farah dan khalidah bukan main lagi!


Cik Ain pun nak jugak!
tape tape masuk je laa sekali,,


program ni kat aras 3
korang tengok lah
betapa ramai nya orang
perempuan ada
lelaki pun banyak yang hensem :)
cuci mata laa kita orang



Inilah booth yang kita orang cari,
booth UITM
banyak pamphlet and beg yang aku dapat
macam pegi shopping pulok daa




haa,ni masa kita orang lepak kat booth MSU
hahaha
sebab booth ni je ada kerusi meja
tumpang kejap :')




then,tengok jam baru pukul 11.05
jadi kita orang decided nak pegi fiesta shoe!







errr,muka pelik -.-
btw,melangkah saja aku masuk ruang legar dewan uhh,
ada satu kasut ni,
ehh bukan banyak laa kann
kasut yang pelik tapi cantik gilaa
teringin ku pasang pada kaki ku ini,,











okey,ni masa aku masuk pintu dewan ni,
mula mula kita orang nampak booth Larrie
jenama kasut yang paling papa suka..




perghh,,
semua kasut high heels kut~
rambang mata aku
da laa papa kasi duit lebih nii 
heeee :)






ni rumah kasut,
lama kita orang beratur 
semata mata nak tengok apa ada kat dalam ni..






sambil uhh nak posing kejap!







ni laa dalam rumah kasut tuuu~














okey ni kita orang kat luar 
tapi masih dalam dewan lagiiiiiii










apakah yang ini??





siap ada pertandingan menghias kasut lagi..
cantik dan kreatif kut dorang semuaa
ada manik manik lagi kt kasut
kalau jual ni,confirm aku orang pertama yang beli!













btw,banyak juga yang berlaku hari ni..dan banyak juga nilai nilai murni dan pengajaran yang aku dapat dari pengalaman hari ini..pertama,kejujuran dan kesetiaan penting dalam persahabatan..sangat sangat penting..kalau seorang menipu,memang group kita orang jadi kucar kacir..then,perbincangan juga penting bagi mengelak kan salah faham antara satu sama lain..

#sorry,gambar kabur gila..aku ta bawak diselar(DSLR) aku,nnt takut hilang..so aku bawak camera digital..tau tau je laa eaa gambar dia berbintik bintik!
okey,aku mau cau lahh..ta nak gadoh gadoh eaa,,byeeeee!!