Hebatnya Seorang Suami
Kerana Seorang Isteri
Hebatnya Seorang Isteri
Kerana Seorang Suami
Wahai Suamiku
Engkau Pimpinlah Daku
Ke Jalan Yang Benar
Engkau Pimpinlah Daku
Ke Jalan Syurga Yang Indah
Mulianya Seorang Suami
Kerana Seorang Isteri
Mulianya Seorang Isteri
Kerana Seorang Suami
Wahai Suamiku
Engkau Menyempurnakanlah Daku
Sebagaimana Yusuf Menyempurnakan Zulaika
Sebagaimana Sulaiman Menyempurnakan Balqis
Dan Sebagaimana Muhammad Menyempurnakan Khadijah
Sucinya Seorang Suami
Kerana Seorang Isteri
Sucinya Seorang Isteri
Kerana Seorang suami
Wahai Suamiku
Daku Akan Setia Kepadamu
Daku Akan Setia Menunggumu
Daku akan Sedia Membantumu
Comments