couple :')



Assalamualaikum,,hyee! haaa da lame aku tak tulis something yg merepek kaann! and now aku nak cerita yg korang semua nak tau kan kenapa aku da tak couple..heee..aku tengok ramai kawan kawan aku couple kat sekolah..nak marah pun ada,nak tergelak pun ada..semua perasaan lah ada kan..biasa budak budak,nak buat sesuatu yang baru termasuk lah aku DULU..sekarang da ta de,Nadia da jadi baik :)




Ramai la jugak tanya aku nape tak couple,couple dengan sape,siapa sebelah kau lahh!huhhh,kontroversi betul..haaah,kat sekolah semua aku kawan,tapi yang baik baik je laa..klau orang tu baik,tak sombong dengan aku,aku kawan je tak kira sama lelaki dan perempuan..janji kena ada batasnya..okeylah,berbalik daripada cerita tadi...aku bg sebab dan pandangan aku terhadap couple okeyy :)

1) PERNAH BERCOUPLE SEBELUM NI?
     =pernah masa form 1,form 2 sampai form 3

2) BERAPA KALI DAN SIAPA?
    =dua kali..dengan sapa itu adalah rahsia..(tak boleh nak mengaibkan orang)

3) KENAPA BREAK DENGAN YANG PERTAMA?
     =ermm,sebab DIA suka memaksa! =.=

4) KENAPA BREAK DENGAN YANG KEDUA?
    =sebab couple itu haram..aku tau ramai yang tak boleh terima alasan aku tapi itu keputusan yang terbaik
      yang pernah aku buat..tade sebab lain dahh..kitorang tak gaduh pun..

5) APAKAH YANG MEMBUATKAN AKU SANGGUP BREAK DENGAN DIA?
    =senang jeee :)  janji Allah yang membuat aku sanggup tinggalkan dia dengan begitu sahaja..
      Lelaki yang Baik untuk Perempuan yang Baik dan Lelaki yang Jahat untuk perempuan yang Jahat..
      ye aku tahu,aku tade lah baik sangat tapi kita kene buat yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik
      bukan?

6) KENAPA BARU SEKARANG TAHU COUPLE ITU HARAM?
    =owhh,acctually aku da tahu lama benda ni tapi aku tak percaya sebab kitorang bukan buat bukan
       bukan,tak pegang tangan pun! sebab apa couple itu haram? sebab ia mendekati zina.. zina sebenarnya
       banyak maksud dan zina bukan sahaja bermaksud maksiat tapi lebih dari itu..

      Sabda Rasulullah…


“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.”   (HR Bukhari).
okeyy,maksudnya disini :-

a) zina mata, bermaksud memandang lelaki yang bukan muhrim bagi wanita dan lelaki sebaliknya begitu juga..
b)zina telinga,bemaksud mendengar ssesuatu perkataan yang tidak patut diucapkan oleh lelaki yang bukan
   muhrim seperti ILY,MYSM dll
c)zina lidah,bemaksud mengucap ILY kepada lelaki yg bukan muhrim dan lelaki sebaliknya begitu juga..
d) zina kaki bermaksud pergi ke tempat maksiat..
e) zina hati bermaksud merindui lelaki yang bukan muhrim dan sebaliknya..

*aku paling takut zina pada hati..sebab bukan senang kita nak jaga hati kita tau..banyak syaitan dan iblis di sekeliling kita untuk menghasut melakukan sesuatu yang dimungkari oleh Allah SWT..dan juga manusia yang bertopengkan syaitan..kadang kadang,ada lah tercuit hati aku ni best nya couple..tapi cepat cepat aku beristighfar..perempuan dibaratkan sebagai gula gula lolipop dan kemanisan cintanya itu bagaikan manisnya gula gula lolipop..klau gula gula lolipop tu dibuka plastiknya dan dibiarkan beberapa hari,apa jadi? ofcose laa semut,lalat dan lipas datangkan..kau nak makan lolipop yang da ada semut,lalat,lipas? mestilahh tak kan..macam tu jgk perempuan..klau dia tak tutp aurat dia diibaratkan lolipop yg ta berbungkus laa kan?jadi,nasihat aku kepada girls jaga lah hati,cinta,jiwa dan raga kita..biarlaah cinta kita,cinta yang suci dan mahal..jangan bagi sapa sapa pun cinta kita kecuali bakal suami kita..btw,ada juga alasan lain aku tak couple..aku ada terdengar Dr.Fadilah Kamsah kata klau kita nak berjaya dalam pelajaran,kita kena bersihkan hati kita dulu..jadi aku rasa aku suda buat keputusan yang betul :)







berkahwin itu lebih baik daripada bercouple :')

Comments

fatin madihah said…
well i love entry kau yang neh . inspiring kutttt :')
nasyaaffandi95 said…
haaaa..btw,thankss :)

Popular Posts