Hidup Dalam KMNS

        
           Assalamualaikum,bapak ahhh berhabuk aku punya blog ni..hehehe sorry bukan apa,tak sempat nak update blog..banyak assignment kena buat..lagi lagi Physics,banyak kerja kut.tapi hari ni curi curi masa jap..Acaner hidup kat kolej? acaner hidup kat U? heee,Alhamdulillah aku sihat je duduk sini,nampak ni badan aku da naik?




Maybe ade yang tertanya Tanya,eh Nadia sambung belajar kat mane ye? haa,aku sambung belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,Kuala Pilah (pekan koboi)..Kolej matrikulasi kedua tertua di Malaysia..biasalah da tua banyak je yang reput,tp tolak kan itu semua ketepi sebab matlamat pertama datang sini adalah belajar kn? Kolej Matrikulasi yang pertama kat mana? msetilah kat Melaka sayang..aku dapat aliran sains 1 (sains hayat)..kat sini ada dua aliran,pertama aliran sains dan kedua aliran akaun..aliran sains terbahagi kepada 3 bahagian:

1)Sains Modul 1 (sains hayat) (Biology,chemistry,physics dan math)
2)Sains Modul 2 (sains fizik) (Physics,Chemistry,Sains Computer,math)
3)Sains Modul 3 (sains biology) (Biology,chemistry,Sains Computer dan math)

praktikum(kelas) aku nama dia S1AP7,orang panggil siap7..aku kuliah Sains 1A..Selalunya cikgu cikgu(pensyarah) kat sini melabel kan kami bijak pandai sebab kami kuliah one A,semua budak budak yang masuk kuliah S1A ni semua pandai pandai..tapi aku sederhana je..lekla SPM dpt 3A je..waduhhhh~Bilik aku dapat A5T4.2 (cluster A5,tingkat 4,bilik no.2)..


 
Sebelah kiri tu katil aku dan sebelah katil aku tu rumit aku (roommate)..Nama dia Nur Walida Adauwwiyah bt Ismail..apa? bersepah bilik aku? memanglah tengok la tempat aku kecik..klau besar tade la bersepah gitu (tipu)..hahaha,banyak sangat benda yang perlu aku letak..alamak hai,da tengah hari tapi aku masih tak sidai baju (pemalaskan)..memang tak leh dibuat bini orang kan?kat sini ade 3 kluster iaitu kluster perempuan ade 2 (kluster A dan C) dan kluster lelaki kluster B..kluster tu macam blok la lebih kurang..ape lagi aku nak cerita? kafe? kat sini ade kafe A,kafe B,kafe C dan kafe D..Kafe A adalah kafe yang paling sedap diantara semua kafe kafe lain..lauk tengahari je la sedapnya..kalau pagi kadang kadang aku pergi kafe jauh skit kafe C sebab nasi lemak dia sedap..kadang pagi tu aku makan nasi kerabu kat kafe D..memang sedap,nasi banyak,lauk banyak dan paling penting murah rm3 jee~lupa nak bg tahu kafe A terletak di kluster A (kluster perempuan),kafe B terletak di kluster B (kluster lelaki),kafe C terletak di kluster C (kluster perempuan) dan kafe D terletak di kawasan berhampiran banggunan makmal dan banggunan tutorial..
 
 


 
 pelajar matrik kat sini wajib tidur pkul 1-2 am tp aku taklah,pkul 12 am aku da tewas terlebih dahulu..selalu tidur lambat tu si walida tu tidur pkul 1-2 pagi..hebatkan? lagi ape nak tahu? dewan kuliah? jap aku ade gambar,


 
 
 masa ni baru gila,ade dalam 2-3 minggu baru masuk kuliah lepas orintasi..gemuk kan? malu laaa,ni nak diet ni bg kurus banyak..okey ini DK2(dewan kuliah 2) besar kn? selalu masuk DK ni je..


 
 
ini DK5 tempat duduk dia berbeza macam td..ni meja stabil je,DK2 meja dia tak stabil..meja selalu je jatuh..so,bersedia lah anda untuk beli kalkulator dua okey? apa tak faham? nnt masuk baru adik adik kat luar sana faham kenapa akak cakap macam ni..okey,sampai sini dulu,aku nak layan runningman jap lagi,takut tak sempat nak tengok..kalau nak tahu macam mana lg kehidupan aku kat sini,tunggu...Insya Allah,aku akan update,update dan update..banyak pengalaman,dugaan dan cabaran aku duduk sini..dah la aku ni asyik homesick jee~Assalamualaikum,adiyos!
 
 
 


Comments

Assalam, kak senior... Nama diberi Amir. Pelajar KMNS modul 2 2014/15. Nak tanye...

Waktu kak senior belajar kat sini la kan... Ada tak apa-apa kes pasal pokok besar sebelah astaka, depan cafe D?

Dan kalau kak senior la kan... Mcm mana kak senior study padahal tidur pukul 12 jek..

Tq.
abiumar said…
Jalan jalan terjumpa hahahaha

Popular Posts