Ku buka mataku
Melihat keindahan-Mu
Yang cukup luas dan terbentang ini
Hanya kuasa-Mu sahaja
Yang dapat melakukan keindahan ini
Hanya kuasa-Mu sahaja
Yang dapat melakukan kecantikan ini

Ku berjalan bersendirian
Di atas bumi yang subur ini
Di atas bumi yang teguh ini
Segalanya telah tersedia
Segalanya telah tersusun
Segalanya telah sempurna
Segala-galanya hanya untuk hamba-Mu

Dengan ketulusan dan keikhlasan
Aku mengangkat dan menadah tanganku
Dan Aku mendongak ke langit
Lalu aku berdoa 
Kepada Pemilik Bumi yang indah ini
Kepada Pencipta Bumi yang cantik ini
Kepada Yang Berkuasa di atas muka bumi ini
Terima Kasih di atas segala-galanya..


"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan 
dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan 
(yang dibina dengan kukuhnya) 

dan diturunkanNya air hujan dari langit
lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan 
yang menjadi rezeki bagi kamu; 
maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, 
padahal kamu semua mengetahui 
(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." 

Al-Baqarah: 19 








inspirasi dari blog http://ajwadaie.blogspot.com/ dan "Sahaja Aku Mencintai Mu"

Comments

Popular Posts